Search by job, company or skills

GENERAL WORKER CUM DRIVER

  • Posted 21 hours ago
  • Be among the first 10 applicants

Job Description

Responsibilities

Senarai Tugas dan Tanggungjawab:
Sebagai Pemandu:
1. Memandu kenderaan syarikat seperti lori, pacuan 4 roda (4x4), van atau pikap bagi tujuan operasi harian termasuk penghantaran barang, pengangkutan pekerja, dan lawatan tapak.
2. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik, termasuk pemeriksaan harian tahap air, minyak enjin, tekanan tayar, dan kebersihan.
3. Merekod perjalanan dan penggunaan minyak mengikut prosedur syarikat.
4. Membantu kerja pemuatan dan pemunggahan barang ke/dari kenderaan jika perlu.
5. Mematuhi undang-undang jalan raya dan memastikan semua dokumen kenderaan (cukai jalan, insurans, lesen) adalah sah.
Sebagai Pekerja Am:
6. Melaksanakan kerja-kerja am di tapak, seperti pembersihan kawasan, membantu kerja-kerja penyelenggaraan, membaiki kemudahan asas, atau pengangkutan bahan.
7. Membantu dalam susun atur dan pengurusan stor, pemindahan barang atau peralatan di dalam dan luar bangunan/ladang.
8. Membantu dalam aktiviti operasi seperti pembajaan, penyiraman, atau penyelenggaraan kecil jika berkaitan ladang atau premis pertanian.
9. Melaksanakan tugas tambahan yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa mengikut keperluan syarikat.
10. Menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan kerja, serta menggunakan peralatan dengan betul dan selamat.

Requirements

Keperluan / Kelayakan:
. Lesen memandu yang sah (GDL atau D/E, bergantung pada jenis kenderaan).
. Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik.
. Fizikal sihat dan sanggup menjalankan kerja luar & kerja berat ringan.
. Berdisiplin, boleh bekerja dalam kumpulan, dan mengikut arahan.
. Boleh kerja lebih masa atau luar kawasan jika diarahkan.

More Info

About Company

Job ID: 153434053

Beware of Scammers

We don’t charge money for job offers