Responsibilities
Senarai Tugas dan Tanggungjawab:
- Melaksanakan penyelenggaraan elektrik secara berkala ke atas semua peralatan, mesin, dan sistem elektrik bagi memastikan ia beroperasi dengan selamat dan cekap.
- Mengenal pasti dan membaiki kerosakan pada sistem elektrik termasuk pendawaian, panel kawalan, motor, suis, soket dan pencahayaan.
- Melaksanakan pemasangan sistem dan peralatan elektrik baru, termasuk kerja-kerja pendawaian mengikut pelan dan piawaian keselamatan.
- Membuat pemeriksaan harian terhadap sistem elektrik, termasuk membaca dan mencatat parameter elektrik seperti voltan, arus, dan suhu peralatan.
- Melakukan kerja-kerja troubleshooting bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan, kerosakan peralatan, atau sistem trip secara tiba-tiba.
- Menyelenggara dan menguji peralatan sokongan kuasa seperti generator (genset), UPS dan bateri sokongan (jika ada).
- Memastikan pematuhan terhadap semua peraturan keselamatan elektrik, termasuk menggunakan PPE, melaksanakan lockout/tagout, dan mematuhi SOP kerja selamat.
- Menyediakan laporan pemeriksaan, pembaikan, dan penggunaan alat ganti, serta memastikan rekod penyelenggaraan dikemaskini dengan lengkap.
- Bekerjasama dengan jabatan lain bagi menyokong keperluan teknikal serta memberi sokongan semasa kerja pembaikan, naik taraf, atau pemasangan baru.
- Menguruskan inventori alat ganti elektrik dan membuat permohonan pembelian untuk alat yang diperlukan dengan kelulusan pihak pengurusan.
Requirements
Keperluan / Kelayakan:
- Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik atau berkaitan.
- Pengalaman sekurang-kurangnya 1-3 tahun dalam kerja penyelenggaraan elektrik.
- Pengetahuan dalam sistem 1 fasa dan 3 fasa.
- Boleh membaca pelan elektrik dan menggunakan alat pengujian.
- Mempunyai sijil PW (jika berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah satu kelebihan).
- Mampu bekerja secara berdikari atau dalam kumpulan dan bertindak cepat dalam situasi kecemasan.