Search by job, company or skills

  • Posted 13 hours ago
  • Be among the first 10 applicants

Job Description

*Berpengalaman dalam penyediaan full set akaun adalah satu kelebihan

a) Berpengetahuan & berpengalaman dalam penyediaan & perancangan cukai.

b) Merekod transaksi UBS berdasarkan perbelanjaan syarikat secara harian.

c) Memastikan Rekod Jualan dan Pendapatan bulanan syarikat direkod ke dalam Sistem UBS secara teratur.

d) Menyediakan laporan kewangan (full set) akaun syarikat yang lengkap.

e) Membantu Pengurus Kanan Akaun & Kewangan serta Pengurus Akaun & Kewangan dalam pelaksanaan tugasan jabatan, termasuk penyediaan dokumen bagi tujuan audit tahunan.

f) Membantu kerja-kerja pentadbiran kewangan syarikat.

g) Sentiasa bersedia diarahkan melakukan tugas-tugas khas (menyelaraskan hak-hak syarikat) yang diarahkan oleh pihak ibu pejabat.

h) Membantu Pengurus Kanan Akaun & Kewangan merancang dan menguruskan perbelanjaan syarikat dengan bijak dalam konsep Tinggikan keuntungan tahap maksima dan kurangkan perbelanjaan tahap optima.

i) Lain-lain arahan dari Lembaga Pengarah/Pengurus Kanan/Ibu pejabat dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN DIPERLUKAN

1. Berkelulusan Ijazah dalam bidang perakaunan dan berpengalaman dalam full set akaun.

2. Perempuan

3. Jujur, amanah & komited

4. Berumur 23 tahun dan ke atas

5. KOMITED dalam menjalankan tugas. Boleh bekerja lebih masa (sekiranya perlu adalah satu kelebihan)

6. Berpenampilan kemas, menarik dan sopan

7. Boleh bekerja di dalam tekanan secara kumpulan dan berseorangan dengan pengawasan yang minimum

8. Keutamaan kepada yang berpengalaman dalam bidang perakaunan 2 tahun keatas

9. Calon yang tinggal berdekatan adalah satu kelebihan

10. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pelanggan

11. Berkeupayaan mengurus dan menyelia kakitangan bawahan dengan berkesan.

12. Mempunyai kenderaan sendiri (Motosikal @ Kereta) dan mempunyai lesen

13. Sanggup menghadiri kursus/latihan yang diberikan jika perlu

14. Freelancer digalakkan untuk memohon

**GAJI BOLEH DIBINCANGKAN DAN DISESUAIKAN BERDASARKAN KELAYAKAN SERTA PENGALAMAN YANG DIMILIKI.

More Info

Job Type:
Industry:
Function:
Employment Type:

About Company

Job ID: 152059535

Beware of Scammers

We don’t charge money for job offers