Search by job, company or skills

Rentokil Initial

Laundry Operator - Seksyen U1, Hicom Glenmarie

This job is no longer accepting applications

new job description bg glownew job description bg glownew job description bg svg
  • Posted 17 months ago

Job Description

Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian laundry seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian Laundry.

Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:
Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet
Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan.
Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan
Memastikan semua mesin berkeadaan baik
Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

Requirements:

Calon yang ideal memiliki:

Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf
Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun
Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk dating bekerja
Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan
Bersedia untuk bekerja lebih masa
Boleh bekerja berdiri
Mampu untuk bekerja secara shift (
  • 30am-5.00pm & 4.30pm-1.00am)
    Berkebolehan menulis, membaca dan mengira

    Sangat Diingini Jika Anda:

    Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan
    Memiliki kebolehan sebagai Team Leader
    Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat
    Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi

    Benefits:

    Ganjaran dan Faedah:

    Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda)
    Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital
    Faedah rawatan pesakit luar
    Faedah rawatan mata dan gigi
    Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
    Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja

    Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

    Jadi, tunggu apa lagi Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG

    Peluang Sama Rata
    Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.

    Lokasi:

    Rentokil Initial PJ, No. 3, Jalan U1/25A, Seksyen U1, Hicom Glenmarie, Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

More Info

Job Type:
Industry:
Employment Type:

About Company

Job ID: 98012317