Pembantu Makmal, Perkhidmatan Makmal / Makmal Wilayah Selatan, Jabatan Kualiti Air (Bukan Eksekutif)
Pembantu Makmal, Perkhidmatan Makmal / Makmal Wilayah Selatan, Jabatan Kualiti Air (Bukan Eksekutif)
air selangor2-4 Years
- Posted 16 hours ago
- Be among the first 10 applicants
Job Description
JOB SUMMARY
Melaksanakan tugas-tugas am bagi membantu melancarkan aktiviti makmal.
KEY DUTIES AND RESPONSIBILITIES
Main roles and responsibilities
Penyediaan Botol
- Bertanggungjawab dalam penyediaan botol persampelan termasuk membersihkan botol, menambah bahan pengawet yang diperlukan dan melabelkan botol.
- Botol-botol tersebut seterusnya diasingkan mengikut jenis analisa dan mengikut Wilayah Persampelan yang teribat.
Kebersihan makmal
- Bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembersihan umum peralatan kaca di makmal.
- Bertanggungjawab memastikan bilik makmal dan setor dalam keadaan kemas dan teratur dari segi susunan peralatan dan alat radas makmal.
Melaksanakan Analisa Makmal
- Menjalankan analisa fizikal seperti pH, kekeruhan, warna.
- Menjalankan analisa Total Dissolved Solids dan Total Suspended Solids.
- Menjalankan digestion'untuk analisa sampel air bagi parameter logam.
Penghantaran dokumen dan reagen/ peralatan makmal
- Bertanggungjawab bagi penghantaran dan pengambilan dokumen ke ibupejabat, loji -loji rawatan air (LRA) dan lain-lain.
- Membantu dalam pembungkusan semula reagen dan bertanggungjawab bagi penghantaran reagen dan perlatan makmal ke LRA.
Menjaga kenderaan syarikat
- Bertanggungjawab memastikan kenderaan syarikat yang digunakan oleh pihak makmal dalam keadaan baik.
- Bertanggungjawab berurusan dengan Unit Kenderaan bagi aktiviti penyelenggaraan berjadual kenderaan syarikat.
- Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan rekod perbatuan dan rekod penggunaan kenderaan syarikat.
Lain-lain
- Melakukan tugas-tugas lain apabila diarahkan oleh pengurusan / penyelia.
Other roles and responsibilities:
Pematuhan Kepada Sistem Pengurusan Bersepadu Air Selangor (AIMS)
- Mematuhi polisi Sistem Pengurusan Bersepadu Air Selangor (AIMS) dan HSE setiap masa dan mengambil bahagian dalam melaksanakan Sistem Pengurusan.
- Memastikan objektif/KPI diwujudkan selaras dengan konteks dan hala tuju strategik Syarikat
- Menyedari, memahami dan mengurus risiko utama, bahaya dan aspek aktiviti kerja
- Mengetahui hak anda untuk tidak menjalankan sebarang kerja yang dianggap membahayakan kesihatan dan keselamatan
- Memahami peranan dan tanggungjawab dalam memberikan sokongan semasa pelaksanaan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) dan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) semasa krisis/kecemasan, memastikan kesinambungan bekalan air kepada pengguna pada kualiti tertinggi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan pengalaman pelanggan.
- Menyedari dan memahami kritikal aset dalam aktiviti operasi dan memastikan semua aset dikekalkan dalam keadaan kerja yang baik.
- Menyedari dan memahami kerahsiaan, ketersediaan dan integriti aset maklumat di bawah penjaga anda.
- Menyedari dan memahami dasar pemberi maklumat dan menjalankan aktiviti kerja harian dengan penuh integriti
- Amalkan keperibadian SACRED semasa menjalankan aktiviti kerja harian, yang merangkumi:
- Safety Conscious
- Agile
- Creative
- Reliable
- Efficient
- Digitally Driven
Minimum Qualifications
- SPM /STPM/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam persekitaran makmal
- Mempunyai kemahiran menjalankan analisa di makmal dan mengetahui asas keselamatan yang perlu dipatuhi di dalam makmal
- Mempunyai kemahiran mengendalikan peralatan makmal (kalibrasi dan verifikasi)
- Mempunyai pengetahuan berkaitan Sistem Pengurusan Makmal ISO/IEC 17025
More Info
Key Skills
Kalibrasi
Total Suspended Solids
Total Dissolved Solids
pH
Peralatan makmal
Kekeruhan
Warna
Analisa fizikal
Verifikasi
Sistem Pengurusan Makmal ISO IEC 17025
