Search Jobs

Search by job, company or skills

Tour Sales and Marketing Executive (Penang)

Tour Sales and Marketing Executive (Penang)

nuh travel & tours sdn bhd
  • Posted 10 hours ago
  • Be among the first 10 applicants

Job Description

Ringkasan Tugas

Merancang, melaksanakan dan mengembangkan aktiviti jualan serta pemasaran bagi pakej pelancongan antarabangsa yang ditawarkan oleh syarikat. Meningkatkan jualan, menjana prospek baharu, mengurus hubungan pelanggan serta mempromosikan pakej pelancongan melalui media sosial termasuk sesi siaran langsung (Live).

Tanggungjawab Utama

1. Mencapai sasaran jualan bulanan, suku tahunan dan tahunan yang ditetapkan oleh syarikat melalui penjualan pakej pelanconga antarabangsa.

2. Mencari, mengenal pasti dan mendapatkan pelanggan baharu melalui pelbagai saluran jualan termasuk media sosial, panggilan telefon, rujukan pelanggan, pameran pelancongan, roadshow dan aktiviti pemasaran syarikat.

3. Memberikan konsultasi profesional kepada pelanggan berkaitan destinasi pelancongan, itinerari, bajet perjalanan, keperluan visa, penginapan, pengangkutan dan perkhidmatan berkaitan bagi memastikan pakej yang dicadangkan memenuhi keperluan pelanggan.

4. Menyediakan sebut harga, cadangan pakej, itinerari perjalanan dan dokumen berkaitan dengan tepat serta mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

5. Melaksanakan aktiviti susulan (follow-up) secara konsisten terhadap prospek dan pelanggan bagi meningkatkan kadar penukaran jualan serta memastikan peluang jualan tidak terlepas.

6. Membina, mengurus dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan individu, pelanggan korporat, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), persatuan, kelab dan organisasi bagi mewujudkan peluang perniagaan berulang.

7. Merancang dan melaksanakan lawatan jualan, pembentangan produk serta sesi pertemuan dengan pelanggan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan syarikat.

8. Menyertai pameran pelancongan, travel fair, roadshow, ekspo dan aktiviti promosi yang dianjurkan oleh syarikat atau pihak luar bagi meningkatkan jualan dan kesedaran jenama syarikat.

9. Mengemaskini maklumat pelanggan, rekod jualan, status prospek dan aktiviti susulan ke dalam sistem syarikat secara tepat dan berkala.

10. Menyediakan laporan jualan harian, mingguan dan bulanan termasuk p encapaian sasaran, prospek baharu, status tempahan dan analisis prestasi jualan kepada pihak pengurusan.

11. Mengenal pasti peluang pasaran baharu, trend pelancongan semasa dan keperluan pelanggan bagi membantu syarikat meningkatkan penawaran produk serta daya saing pasaran.

12. Menjadi hos siaran langsung (Live) di platform TikTok, Facebook atau Instagram sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu untuk mempromosikan pakej pelancongan, promosi terkini, destinasi pelancongan dan kempen pemasaran syarikat. 

13. Menyampaikan penerangan yang jelas, menarik dan profesional mengenai pakej pelancongan, itinerari perjalanan, tarikan destinasi serta kelebihan produk syarikat semasa sesi Live. 

14. Berinteraksi secara aktif dengan penonton semasa sesi Live dengan menjawab pertanyaan, memberi cadangan perjalanan dan membantu pelanggan membuat keputusan pembelian. 

15. Mencadangkan idea kandungan pemasaran yang kreatif, relevan dan menarik bagi meningkatkan capaian (reach), interaksi (engagement) dan jumlah pertanyaan pelanggan melalui platform digital syarikat. 

16. Memberikan perkhidmatan pelanggan yang mesra, profesional dan berkualiti tinggi bagi memastikan pengalaman pelanggan yang positif sepanjang proses jualan.

17. Menjawab pertanyaan pelanggan melalui telefon, WhatsApp, emel, media sosial dan platform komunikasi lain dengan pantas, tepat dan berkesan.

18. Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat berkaitan pakej pelancongan, harga, jadual perjalanan, syarat tempahan dan polisi syarikat kepada pelanggan.

19. Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui komunikasi yang berkesan dan perkhidmatan yang cemerlang bagi meningkatkan kadar pelanggan berulang (repeat customer).

20. Mendapatkan maklum balas pelanggan selepas perjalanan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan dan peningkatan tahap kepuasan pelanggan.

21. Memastikan setiap pelanggan menerima pengalaman perkhidmatan yang positif dan profesional bermula dari peringkat pertanyaan, tempahan, pembayaran sehingga tamat perjalanan.

22. Bertindak sebagai wakil syarikat dalam menjaga imej, reputasi dan hubungan baik dengan pelanggan pada setiap masa. Menyokong inisiatif syarikat dalam meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, kesetiaan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan secara berterusan.

More Info

Job Type:
Industry:
Function:
Employment Type:

Key Skills

Pemasaran

Aktiviti susulan

Media sosial

Konsultasi profesional

Sesi siaran langsung